SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
1) Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2009 adalah layak memohon masuk Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
2) Syarat minimum dengan keputusan minima 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) atau minima 4A dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA/UPSRA) atau minima 4A dalam Peperiksaan Akhir Tahun bagi Sekolah Yayasan Islam Kelantan (PAT YIK).
3) Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPKK , Surat Beranak, Sijil-sijil Akademik Dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan ke maahad pilihan Pertama sahaja bersama wang proses sebanyak RM5.
UJIAN KEMASUKAN :
1) Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan
2) Tarikh Ujian Lisan akan ditetapkan oleh pihak sekolah
3) Ujian bertulis akan diadakan pada :-
Tarikh : 28.11.2020 (Hari Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
KEPUTUSAN :
1)Keputusan tawaran dijangka akan diumumkan pada 10 Januari 2021 (Ahad)
PENGESAHAN :
1) Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad berkenaan dalam masa (7)Tujuh Hari selepas keputusan ujian diumumkan.
7 - 14 Januari 2021
LAPOR DIRI :
1) Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan Sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
2) Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.
SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU MAAHAD KAWALAN YAYASAN ISLAM KELANTAN TAHUN 2022
Sila Tekan Untuk Memohon
Tarikh Kemaskini : Ahad, 13 Jun 2021