Syarat baru permohonan masuk ke tingkatan 1 tahun 2019 bagi Maahad Kawalan dan Maahad Pilihan.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Disember 2018 (Khamis).
Tarikh ujian bertulis bagi Maahad Kawalan ialah pada 15 Disember 2018 (Sabtu) dan bagi Maahad Pilihan / SMU(A) Tahfiz Sastera pula ialah pada 16 Disember 2018 (Ahad).
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web YIK www.yik.edu.my
2. Permohonan dibuka mulai 01 Oktober 2018 dan tarikh tutup permohonan pada 13 Disember 2018.
3. Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan bersama Wang Pos RM5.00 atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan ke Maahad Kawalan.
4. Borang permohonan ke Maahad Pilihan dan Maahad/SMU (A) didapati di sekolah yang ingin dipohon
4. Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar ke Maahad yang dipohon.
5. Permohonan yang tidak disertakan Wang Pos tidak akan diproses.
Tarikh Kemaskini : Isnin, 01 Oktober 2018