TARIKH: 11 APRIL 2019
Unit Disiplin Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi telah menganjurkan Kem Kepimpinan bagi 3 badan kepimpinan iaitu pengawas, badan dakwah dan kaunseling seramai 35 orang selama 3 hari 2 malam. Kem ini bertempat di SRI Muara Resort yang hanya 700 meter dari MTSM.
Tujuan kem ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pemimpin MTSM tentang cara-cara menjadi pemimpin yang sempurna dengan lebih terperinci. Unit Disiplin juga turut memanggil pakar-pakar motivasi untuk melakukan aktiviti dalam 4 slot kepimpinan yang berguna untuk masa hadapan para pelajar.