TARIKH: 6 MAC 2019
Unit Ko-kurikulum Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi telah mengadakan Majlis Penutup Hari Sukan Maahad Tahfiz [SUKMAT] bertempat di Gelanggang MTSM. Tujuan Sukan Maahad Tahfiz [SUKMAT] Ini adalah untuk menyihatkan tubuh badan serta mengeratkan lagi tali persaudaraan diantara para pelajar dengan warga MTSM.
Majlis ini turut dihadiri oleh para VIP iaitu wakil Pengarah Yayasan Islam Kelantan, ADUN Pantai Irama dan ADUN Jelawat. Anugerah Olahragawan Harapan telah dimenangi oleh Saudara Adib Haridz Bin Azhar dari Rumah Sukan Khandak dan Rumah Sukan Khandak telah berjaya menjuarai pertandingan SUKMAT pada kali ini kerana berjaya memberi saingan yang hebat dan mantap kepada rumah sukan-rumah sukan lain.