
TARIKH : 15 FEBRUARI 2019
Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi telah menyertai Program Bicara Agung Malam Murabbi Ummah yang bertemakan “Murabbi Memimpin, Ummah Sejahtera”. Program tersebut bertempat di Stadium Muhammad IV dan semua pelajar menaiki bas menuju ke sana. Setibanya di sana, lebih kurang pukul 6:30 petang, para pelajar sempat mendengar bual bicara dari ustaz terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus. Bual bicaranya yang diselitkan dengan lawak jenaka mencuit hati para pendengar di stadium tersebut.
Setelah berkumandang azan maghrib, berpuluh-puluh ribu muslimin dan muslimat solat berjemaah di padang stadium. Program diteruskan lagi dengan ceramah oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Ghani bertajuk Sakaratul Maut yang penuh dengan ilmu dan pengajaran. Program dilangsungkan lagi dengan solat isya’ dan solat Hajat Perdana bersama barisan para pemimpin negeri kelantan, guru-guru pondok dan golongan ulama'.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YAB Menteri Besar Negeri Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob. Program kemuncak berlangsung dengan ketibaan seorang ulama’ yang disegani seluruh umat islam di Asia Tenggara yang bernama Ustaz Abdul Somad, kehadirannya diiringi dengan laungan takbir yang bergema seluruh pelosok stadium. Ustaz Abdul Somad telah menyampaikan pidato yang bertajuk ”Tegakkan Islam Tanggungjawab Semua” yang telah mengobarkan semangat beribu-ribu muslimin dan muslimat dari setiap hadirin yang hadir pada program ini.

